expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 21, 2019

AKTIVIS TRANSGENDER INDIA DIMINTA TUKAR STATUS JANTINA UNTUK MOHON VISA MALAYSIA

AKTIVIS TRANSGENDER INDIA DIMINTA TUKAR STATUS JANTINA UNTUK MOHON VISA MALAYSIA

Konsulat Malaysia didakwa meminta seorang aktivis transgender di India menukar status jantinanya kepada “lelaki” ketika hendak memohon visa ke negara ini, lapor The Times of India. Akhbar itu melaporkan penganalisis teknologi maklumat, Shane Anthony Mills telah dipilih mewakili India untuk berucap di persidangan Kumpulan Sumber Pekerja Dell di Pulau Pinang pada 28 Januari ini. 
Menurut laporan itu, sebagai penyokong hak transgender di India, dia dipilih bercakap mengenai subjek “maruah”, tetapi masalah timbul dalam permohonan visa kerana laman web kerajaan Malaysia tidak menyediakan pilihan ke-3 dalam ruang jantina, selain lelaki dan perempuan.“Saya menghubungi Konsulat Malaysia di Chennai untuk mendapatkan bantuan.

"Saya terkejut apabila mereka meminta saya menukar jantina saya kepada 'lelaki' dalam passport dan membuat permohonan semula," katanya yang dipetik akhbar itu.

Mills kemudian memohon bantuan Menteri Luar India, Sushma Swaraj. “Saya pernah lihat beliau tampil membantu ramai rakyat India yang tersadai di luar negara. “Saya harap beliau akan tampil membantu seorang transgender juga,” katanya.

Mills berkata, tujuan lawatannya ke Malaysia bukan untuk makan angin, tetapi mewakili India dalam satu persidangan.

Shane Anthony Mills, aktivis transgender India

Menurut laporan itu, dia turut menghubungi Konsulat India di Malaysia, tetapi kakitangan konsulat tersebut seolah-olah kebuntuan mengenai perkara berkenaan.

“Saya melalui banyak terlalu banyak; dari pembedahan untuk pertukaran jantina hinggalah kepada menyediakan surat-surat berkaitan, selepas keputusan Mahkamah Tinggi pada 2014.

“Sekarang, adalah sesuatu yang sangat memalukan apabila sekali lagi saya dikehendaki menukar jantina”

No comments:

Post a Comment